Bila berita sebut Pendakwah terkenal, atau artis terkenal, atau siapa siapa sahaja yang terkenal di siasat kes jenayah rogol, maka dalam ruang komen ada yang berteka teki dan petik beberapa nama, lepas tu ada yang balas “dah agak, tengok muka dah tahu gila seks” adohai.. senang senang buat dosa di media sosial.
Lepas tu ada yang suruh potong kemaluanlah, suruh bunuh lah, suruh campak dalam lubang buaya, padahal orang tu baru di siasat, nama pun tak tahu siapa?, korang dah tuduh dan jatuhkan hukuman potong anu makan buaya?
Patut, berita macam ni bila keluar, ambik pengajaran sebab jenayah Pedofilia ni memang mujud seluruh dunia termasuk dalam kalangan orang islam.
Pedo ni adalah jenayah gila seks yang mana datang keinginan seseorang dewasa untuk memenuhi nafsu seksual dengan kanak-kanak.
Bila tengok berita macam ni, ambik peluang Pesan pada anak -anak,
Saya dah tulis Panjang lebar bab ini dalam buku KISAH ANAK BINI.
Saya tulis, bila ada jenayah Seks muncul di TV atau berita, pelaku pulak orang terkenal macam ustaz, cikgu, paderi, polis, artis, dan macan macam jawatan yang hebat, pesan pada anak anak, orang gila seks ni wujud, mereka Nampak sangat baik tapi bila ada peluang.. awas! mereka akan buat jahat.
Masa saya tulis buku tu anak saya masih di tadika, belum faham seks, saya pesan pada mereka..
Jangan tengok kemaluan orang dan Jangan biar orang tengok kemaluan kita.
Jika ada orang suruh pegang kemaluan mereka-jangan buat!
jika ada orang pegang kemaluan kita-jangan biarkan.
Perbuatn itu JAHAT dan SALAH!
Melawanlah!.
Menjeritlah!.
Lari!.
Dan tolong ceritakan pada Ayah serta Bonda.
Walaupun orang yang lakukan itu, mungkin guru, ustaz, bapak saudara, datok, ayah kandung, sepupu atau siapa sahaja.
Mengadulah!.
Mengadulah kepada ibu bapa, kepada cikgu, kepada kawan, kepada polis, kepada Allah, mengadulah!
Jika waktu mengadu ada orang marah, orang tak layan, orang hina, .. abaikan, jangan putus asa, teruskan mengadu sampai ada orang yang layan.
Contoh mengadu pada cikgu A, cikgu A marah dan tak layan, mengadu pada cikgu B, cikgu B hina dan tak kata salah kita pakai baju warna terang? Jangan putus asa, Mengadu pada cikgu C dan seterusnya, mengadu pada ayah, mengadu pada jiran, doa pada Allah dan teruskan mengadu, InsyaAllah, dalam jenayah seks, akan ada yang beri perhatian jika mangsa sentiasa berani mengadu.
Kita sebagai masyarakat pulak, jika ada orang perempuan mengadu, jangan pulak tiba tiba salahkan mangsa, seperti awak pakai seksi sangat, mulut awak celupar sangat, minyak wangi awak kuat sangat, itulah sebab tiru K Pop, adohai.., jangan salahkan mangsa, sebab orang buat jahat bukan kerana salah mangsa, tapi sebab mereka memang jahat! kerana orang baik, ada peluang buat jahat akan tetap buat baik.
Dan kepada perempuan seksi pulak, tetap kena nasihat jangan seksi, sebab seksi tu haram, tunjuk aurat pada orang tu haram, kena faham tu, Cuma bila jenayahab seks berlaku pada mereka, jangan terus salahkan seksi, salahkan mangsa bersendirian, sebab nenek tua dengan kambing pun orang rogol! kerana jahat ni bukan salah mangsa!
Lepas tu pulak, bila tuduhan berlaku, belum tentu benar, kena siasat dulu, jangan terus pukul, potong kemaluan, dan bagi makan pada buaya, dalam islam antara dosa besar adalah tuduh orang berzina, apatah lagi jika tuduh orang merogol?
Rujuk kisah Nabi Yusof, di tuduh merogol, jangan terus hukum, kena siasat dulu , muka ada calar tak? Baju koyak depan ke belakang? Alibi ada tak?
Sungguh Keadilan ini untuk semua orang, orang jahat pun kena diadili, apatah lagi orang yang baru kena tuduh?
Dan perintah Siasat ni adalah perintah Alllah dalam surah Al hujarat, bila dapat berita, siasat, jangan terus tuduh, tanya pada pakar, Insyaallah akan dapat jalan penyelesaian terbaik. Kita nak ikut islam, bab siasat tak nak pulak, habis tu nak ikut syiatan?
Eh? panjang lah nak cerita semua, abang mayat pernah tulis dalam buku abang, boleh baca di sana..
Akhir kata, abang petik ayat Al quran sebagai rujukan agar kita semua siasat semua berita sebelum nak tuduh,
Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Now you know.
Woha!
「doa agar orang tidak marah kepada kita」的推薦目錄:
doa agar orang tidak marah kepada kita 在 Facebook 的最讚貼文
Taliban tu jahat ke baik?
Al kisahnya, Ketika Malaysia negara Islam bertukar Kerajaan secara aman, di Afghanistan juga negara islam sekarang ini sedang bertukar Kerajaan, beribu-ribu orang awam mati termasuk kanak kanak waktu perang rampasan kuasa, dan dengar berita airport sesak sebab beribu ribu rakyat lari takut dengan pemerintahan Taliban.
Ketakutan rakyat mereka berasas, atau ada unsur ‘keabsahan’ kerana zaman pemerintah Taliban dulu, banyak kisah tak elok kita dengar, ingat kisah Malala?
Al kisahnya, pada tahun 2012, ada tentera Taliban yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu. Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala jika tak menyerah diti.
Kemudian dengan penuh keberanian, berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu serta merta Malala ditembak dua das, satu di leher dan satu di kelapa.
Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?
Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah ngeri berjudul "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.
“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah apa kejadah?”
Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di blognya.
Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, keajaiban berlaku, Malala dihantar ke sebuah hospital dan sembuh sepenuhnya.
Jadi Cerita Malala ni memang heboh seluruh dunia, dan dengan berkuasanya Taliban di Afghanistan, maka ramai orang perempuan di sana share dimedia sosial, betapa mereka susah hati sebab hak Wanita akan hilang katanya, mereka akan mati kena bunuh lepas ni, mereka akan kena kurung, tak boleh kerja, tak boleh sekolah.
Lepas tu keluar berita Taliban janji, akan benarkan bersekolah. Namun banyak berita tersebar Taliban dah ulang balik perangai lama, buat rakyat lari tinggalkan negara.
Jadi.., balik pada tajuk: Taliban ni baik ke jahat?
Sungguh Takdir Allah malam tadi, baca Taklim dengan anak bini, baca hadis yang menjawab soalan ini, Alhamdulillah.
Maha suci Allah, yang takdirkan saya baca hadis ini seterusnya menjawab soalan: Taliban baik ke jahat?
Hadis tu berbunyi begini:
Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T (3) tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan (2)dua perkara sahaja dan (1) satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana . Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka, Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan.
Habis baca anak terus tanya, “Kenapa Allah tolak 1 dari 3 doa Rasulullah?”
Anakku,
Bab orang islam bila miskin, atau lapar, atau susah, dan bila mereka berdoa untuk dapat bantuan, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada mereka jadi kaya, atau orang kaya datang bantu, itu yang sedang berlaku zaman Covid ini, orang islam susah, dan ada orang datang bantu, doa Nabi yang pertama telah makbul.
Bab kedua, jika berlaku bencana kemarau, orang islam pun doa, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada kemarau hilang, atau orang kaya datang bantu, rujuk zaman Covid, orang islam solat hajat minta bantuan, tak sampai setahun, Allah bagi ilham pada manusia temukan Vaksin, Alhamdulillah, doa Nabi yang kedua telah makbul.
Doa ketiga, Nabi nak Allah halang orang islam buat jahat, Nabi nak Allah halang orang islam bergaduh, maka doa ini Allah tak makbul sebab dunia ini darul asbab, iaitu Allah bagi peluang siapa sahaja nak buat apa apapun boleh, nak buat jahat boleh, nak buat baikpun boleh. Nak bergaduh boleh, Nak berdamaipun boleh.
Sebab tu dalam dunia ini, ada orang islam yang baik, dan ada orang islam yang jahat. Ada orang islam selamatkan maruah Wanita, ada juga orang islam rogol pelajar, rogol anak, bunuh orang, hingga orang kafir datang tanya saya:
“Kenapa Allah tak halang ustaz rogol budak? Kenapa orang islam bergaduh? Allah tak boleh halang ke orang islam bila bergaduh? Kenapa ada orang islam merompak? Allah tak boleh lumpuhkan tangan ke? Allah lemah ke?
Okey, Bayangkan doa Nabi makbul, Allah akan halang orang bergaduh, tapi orang kafir mahu, halang semua kejahatan, okey, bayangkan Allah halang orang dari buat jahat seratus peratus, bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat. Orang nak tambah makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat silap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?
Dunia ni Darul asbab, Semua pilihan hidup Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, nak berzina Tuhan tak terus potong kemaluan, Nak minum arak Tuhan tak terus ulser kan mulut, perempuan nak seksi takde tiba tiba kena sopak, takde! Orang nak bergaduh takde tiba tiba lumpuh, takde!
Saya ulang, semua Kejatan serta kebaikkan Tuhan Izinkan sebab dunia ini darul asbab, tapi ingat, hidup ini ujian. semua perbutan itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan manusia buat, dan Tuhan tak terus halang, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, artis rogol peminat, usyaz raba followers, serta ORANG ISLAM BERGADUH, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah sana sini, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan baik, Indah macam Malaysia mungkin? Tukar Kerajaan tanpa tumpah daarah, negara islam juga.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi neraka dengan pelbagai pilihan buruk, Negara sedang berperang contohnya, nak buat jahat sangat senang waktu perang.
Tapi ingat, adil ini bukan di dunia, adil itu di akhirat, siapa buat baik besar kepala mancis pun Allah akan balas, buat jahat besar kepala mancis pun Allah akan tuntut! Ingat tu!
Doa Nabi di tolak itu nak bagitahu, bahawa Tuhan tak kawal manusia macam robot, Tuhan cipta manusia dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah. Tapi Bila Allah bagitahu akhirat nanti ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah, tak nak terima pulak? Adohai..
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika orang tak bayar hutang kita, hingga kita hidup susah dan melarat, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!
Hari ni kita fitnah orang mencuri dan merompak, kita bagi bukti palsu, kita jaja cerita, kita susahkan dia naik turun mahkamah, kita rampas harta dia sebab kita tuduh dia mencuri, dan akibat fitnah kita, dia terpaksa kena naik turun mahkamah bertahun tahun sebab fitnah kita, tiba tiba kita mati kena Covid,
Nampak macam kita dah Berjaya susahkan dia, tapi Akhirat menanti, Mahkamah Allah ada menanti, dan dosa susahkan orang, Allah bagi orang tu sendiri nak ampunkan ke tidak, itu yang merangkak di akhirat nanti sebab penat minta maaf.
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, mangsa fitnah, mangsa hutang tak bayar, semua akan dapat keadilan di akhirat.
Balik kepada soalan, Taliban ni baik ke jahat?
Jawapannya, terpulang pada amalan dia, ada kisah Taliban yang tembak Malala dalam bas, itu Taliban jahat, ada kisah Wanita kena rogol, dan Taliban datang tangkap perogol, itu Taliban baik.
“Tapi encik Hamka.. Mungkin Taliban jahat itu adalah tentera yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu? Semua ni kospirasi Dajjal!”
Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan awek kau, dan seret tengah jalan lalu awek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan islam sebab dalam dunia saya, semua orang ialam adalah baik?. Mana tahu? Adohai..
Bro, terimalah kenyataan, bukan semua orang islam baik, memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.
Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.
Ayat “wahai orang beriman” dituju kepada orang islam, supaya taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati budak budak kecik. Adohai.
Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan lain lain.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!
Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.
Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.
Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan menunjukkan ada sebahgian orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang seksa budak budak, ustaz rogol pelajar dan sebagainya.
Samada saya suka atau tidak, memang ada sebahagian orang Islam yang buat kerja jahat itu. Bukannya saya kena reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.
Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang islam yang masuk neraka, Hinnga ada hadis cerita Nabi turun padang bagi syafaat untuk bantu orang islam yang berdosa agar keluar dari neraka.
Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak orang islam yang buat?, ada, dan banyak. Ustad ularmak pun ada kes rogol jika kau tak tahu!
Moral of the story: Taliban baik atau Jahat? Biarlah amalan mereka yang menentukan, Pintu Taubat terbuka buat semua yang masih hidup.
Kita di sini, Terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang baik dan ada orang islam yang jahat, dan yang baik tak selamanya baik, dan yang jahat tak selamanya jahat, pilihan di tangan kita.
Sungguh setiap orang disediakan Tuhan akan pintu Taubat masing masing, gunakan sebaiknya sebelum pintu kereta mayat terbuka.
Kita jangan sibuk nak tutup pintu Taubat siapa siapa, Tapi saya boleh tutup pintu keretamayat korang!
Woha!
Ps: Ada yang tanya, beli kata mana kitab Taklim tu? saya tak jual, saya jual buku saya sahaja, ada 5 tajuk tazkirah santai tapi sampai, jika nak beli Taklim, ini, link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t
doa agar orang tidak marah kepada kita 在 Facebook 的精選貼文
Semalam, dari Artikel “Kenapa Tuhan tidak bantu Palestin”, yang mendapat 3 ribu like, dan 2 ribu share, ramai yang komen positif berterima kasih dan ada juga komen dari bukan Islam, namun suka saya nak respond dari ruang komen akan soalan ini:
“Abang mayat, Nanti boleh kongsi cerita saidina Aisyah perang dengan saidina Ali pulak? .. tak pernah tau pun…”
Baiklah, Saya akan cerita kisah Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Saidina Aisyah r.aha.
Dinamakan perang Jamal, atau Perang Unta kerana Aiysah sertai perang berada atas unta berperisai, dan unta itu menjadi lambang kekuatan Tentara Aisyah yang mana jika tewas Unta, maka berakhirlah perang.
Perlu di ingat bersama Aisyah adalah Talhah r.a.
Bagi yang tak tahu, Talhah dan Saidina Ali kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.
Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.
Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.
Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,
Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.
Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?
Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.
Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.
Lalu bermulah perperangan...
Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:
“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”
Lalu Aisyah menjawab;
“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."
Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.
Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untuk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…
Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.
Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.
Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.
Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!
Dalam hadith lain, Nabi bersabda:
Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu?
Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.
Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.
Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?
Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:
”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”
Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.
Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”
Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?
Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.
Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?
Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?
Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.
Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.
Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"
Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.
Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.
Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?
Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,
Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.
Sesungguhnya mereka benar dalam berjihad...
Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-
• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.
• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.
• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.
• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.
Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.
Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.
Link video penuh: https://youtu.be/m4TDLuOKO4w